Wednesday 12 September 2012

Produk Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum.

Entri ni aku tulis semata mata nak berkongsi pengalaman aku. Alhamdulillah. Setelah lebih kurang 6 tahun hidup bersama jerawat, akhirnya kulit muka aku bertambah sangat baik. Ya Allah, terima kasih kerana menguji aku dengan jerawat dan menghilangkan jerawat ini.

Sebelum aku cerita lebih lanjut macam mana jerawat ni hilang, rasanya lebih suspen dan gempak sekiranya aku citer kronologi bagaimana hal ini berlaku. Muahaha.

Aku hidup dengan kulit tulus dan mulus sejak aku lahir (confirm la) sampai aku form 4. Start form 5, timbullah jerawat comel dengan banyaknya di muka aku. Mula2 aku macam tak dapat terima. Waaaa.. sebab lepas ada jerawat, parut pun ada. Rasanya orang yang ada jerawat je yang tau macam mana perasaan  masa tu. Rasa malu sangat. Nak2 bila jumpa dgn kwn lama yang hidup dgn kita masa kita tak de jerawat. Diaorang sure2 terkejut dan pandang semacam.

Time raya siksa woo. Makcik2, sedara, semua tegur. Siap compare aku dgn mak aku. WAAAA.. Tak tau nak letak mana muka ni.


                                   ~Hai Bebop! Saya suka awak.Awk suka saya tak?

                                            
Kalau nak citer produk pencucu muka, giler banyak aku dah cuba. Safi kaler biru, hijau, dah. Eversoft scrub, tak scrub, dah. Fair and lovely dah. Clean and Clear 4 jenis dah. Oxy dah. Biore dah. Nivea kaler biru dah. Macam orang tak betul pun ada aku ni. Obses giler nak hilangkan jerwat dan parutnya. Tapi still tak jalan. Mana nak jalan, aku cuba pun sekejap2. Agak2 3 minggu tak nampak hasil, aku tukar. Gila sangap aku!  Aku rasa bukan produk tu yang tak berkesan, tapi kemungkinan semua produk tu tak sesuai dgn kulit muka aku. Dan aku jugak mungkin tak jaga makan dan penjagaan muka.

Bila aku start masuk U, lagi advanced usaha aku. Muahahaha. Aku cuba plak produk kosmetik. Kalau korang rajin baca majalah orang pompuan mcm Mingguan Wanita, Perempuan, Nona dll, sure2 banyak giler iklan produk kosmetik.  Biasanya satu set produk ada sabun, toner, krim malam, sunblock, moisturiser. Pastu ada set untuk jerawat, jeragat, normal. Aku biasa kalau baca majalah tu, biasanya produk2 tu yang aku usha lebih. Cerita kat majalah tu aku belek biasa2 je. Setiap jenama kosmetik tu aku tengok harga, keberkesan produk tu dg testimoni. Giler teruja aku!

Kadang2 kan bila aku fiakir balik, aku curious jugak. Dgn jenama yang terlampau banyak kat pasaran mcm Sendayu Tinggi, Atika Beauty, Almas, De'Wajah, Natasya, Shadira, Tia Amelia, De'Putih, Rzac, Puteri Alya, dan macam2 lagi la, siapa ek orang yang cipta formula setiap produk tu. Orang tu mesti pandai bab sains, bio. Kadang2 tu nak tau gak siapa yang cipta. Yela, orang Malaysia ke, rorg luar ke.. Entahla.

Masa kat U, aku cuba 2 jenama produk. Kopak duit aku. Yela, harga satu sabun dalam RM20. Rasa x best plak kalu beli pencuci muka je, pastu beli la krim malam. Harga dalam RM25. Pheh. Almost RM 50 la aku beli. Produk tu pun tak jalan gak. Aku cuba produk lain. Kali ni aku beli satu set. Hamik kau! Harga dalam RM70. Lepas keluar kedai, giler berkobar hati aku. Tak sabar nak cuba. Maklumla, beli 1 set, complete. Bajet kulit muka aku akan kembali menawan, tertawan and de bomb! Tak sampai 4 minggu aku stop guna. Sebab jerawat makin naik. Padan muka aku! Pastu aku guna pencuci muka biasa. Jenama aku main taram. Janji boleh bersihkan muka.

Hidupla aku dengan muka berjerawat sampai aku di tahun ke 4 di upm serdang, selangor darul ehsan.



                 ~Adik2 yang comeyy, jangan ejek2 akak boleh tak?WAAAAA!!


Aku dengan penuh kesabaran tahap wanita solehah gituew menahan segala tohmahan, cacian serta kejian dari adik2 dan anak2 jiran sebelah rumah aku. Diaorang ejek!!!! WAAAAA. Adik2 aku tak bleh blah. Time tgk tv, bila ada iklan pencuci muka, mesti suruh aku cuba guna. Aku pun apa lagi, senyum seikhlas mungkin sambil maki dalam hati. Muahahha. Anak org sebelah 4 orang semuanya selalu lepak rumah aku, kwn dgn adik2 aku. Lagi tak bleh blah. Giler jujur! Dia tanya, "kakak, kenapa pipi akak ada bintik2 banyak?"Dia tanya sambil ketawa dgn adik2 dia.. Sweet kan ayat tu? Ayat mintak penumbuk! aku pun balas. "Tak pe dik ngah, ejek akak, nanti dik ngah dah besar, mesti ada jerawat jugak. Nanti akak ejek kau balik". Aku buat muka sedih, tapi dalam hati nak je aku cubit2 perut budak chubby ni!

~Sambung next enty. Dah pukul 7.05 malam.Bye!








Tuesday 11 September 2012

Irma Hasmie



Subhanallah. Itu kot kata keramat yang mampu aku ucap bila lihat perubahan yang sangat 360 darjah Irma Hasmie. Aku rasa dia deserve. Dia insan terpilih yang memilih. Bila tengok hubungan dia dengan mak ayah dia, yang sangat anak solehahnya beliau, aku amat tak terkejut bila dia berubah. Ternyata benarlah. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. 

Hari tu ada beli buku Irma dan Zamri Mohamad tajuk "SMILE". Sanagat terinspirasi.